Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S.
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari
sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan
aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T. mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan
ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke
atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi
orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Berkelanan mencari kedamaian hati, mengatur langkah mencari pengganjal lapar, agar tak hangus dibakar gizi buruk, dan busung Lapar. Maafkan aku memungut ilmumu, ilmu yang diberikan Allah kepadamu, dan aku torehkan dalam smile-pesri ini.
Minggu, 14 Desember 2008
KEUTAMAAN BERSHALAWAT
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
JAZAKUMULLAH KHAIR
YAA.., ATAS KUNJUNGANNYA DAN KOMENTARNYA
I WISH YOU LUCK