Minggu, 22 Februari 2009

Tobatnya Seorang Pembunuh


Dari Abu Sa'id Al-Khudriy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di kalangan umat terdahulu terdapat seorang yang telah membunuh 99 orang lalu dia mencari seorang alim untuk bertanyakan masalahnya lalu ditunjukkan kepada seorang pendita. Selepas bertemu pendita tersebut dia bertanya adakah jalan untuk bertaubat setelah membunuh 99 orang. Pendita tersebut menjawab :Tidak. Lalu dibunuhnya pendita tersebut maka cukuplah 100 orang dibunuhnya. Kemudian dia mencari seorang alim lain untuk bertanyakan masalahnya lalu ditunjukkan kepada seorang alim lain. Dia berkata bahawa dia telah membunuh 100 orang maka adakah jalan untuk bertaubat? Kata orang alim itu: Ya, tiada halangan yang memisahkan antara engkau dan taubat. Pergilah ke negeri sekian sekian kerana di sana terdapat ramai orang yang taat kepada Allah maka ikutlah beribadat bersama mereka dan janganlah engkau kembali ke negeri engkau lagi kerana ia negeri yang penuh maksiat. Maka mengembaralah lelaki tersebut tetapi dia meninggal di dalam perjalanan. Lalu berebutlah malaikat rahmat dan malaikat azab. Kata malaikat rahmat: Dia datang dengan keadaan bertaubat dengan hatinya menuju kepada Allah. Kata malaikat azab: Dia tidak pernah melakukan suatu apa kebaikanpun. Kemudian datang malaikat lain dengan bentuk manusia lalu mereka memilihnya sebagai hakim. Berkata malaikat yang menjadi hakim itu: Engkau ukur sahaja jarak, adakah lelaki ini lebih dekat kepada negeri asalnya atau kepada negeri yang ingin ditujunya. Mereka mengukur dan didapati dia lebih dekat kepada negeri yang ditujunya lalu ruhnya diambil oleh malaikat rahmat. [Bukhari dan Muslim]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

JAZAKUMULLAH KHAIR
YAA.., ATAS KUNJUNGANNYA DAN KOMENTARNYA
I WISH YOU LUCK